Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura ialah sebuah zon ekonomi khas cadangan di Malaysia dan Singapura. Ia adalah zon bersepadu bagi perniagaan dan pelaburan yang bertujuan memudahkan aliran rakyat dan barangan merentasi sempadan antara dua negara.[1] Penubuhan zon ekonomi khas ini dilihat seiring dengan pembangunan rancangan sedia ada di selatan Malaysia di zon kewangan khas, Forest City.[2]Pelaksanaan zon ekonomi khas ini dijangka dapat memudahkan pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, selain dilihat mampu meningkatkan nilai perdagangan, peluang pekerjaan, pelaburan serta pentadbiran yang lebih berkesan.[3]

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Diumumkan Oktober 2023
Negara Malaysia dan Singapura